Tuesday, March 18, 2008

Selamat Datang Ke Blog Kelab Peminat Model Kawalan Jauh Alor Star



Kegiatan hobi model kawalan jauh di Alor Star bermula hampir 40 tahun dahulu. Hobi ini mula diperkenalkan oleh pengetua Goverment English School ( kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid) berbangsa Inggeris dari England. Beliau menubuhkan kelab aeromodelling di sekolah tersebut. Bermula dengan kapal terbang jenis free flight, kemudian diikuti oleh control line yang dikawal menggunakan tali, dan kapal terbang yang menggunakan radio kawalan jauh.

Hobi ini kemudiannya diteruskan oleh beberapa orang bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, termasuklah Encik Nooru Alam (sifu Alor Star) bersama-sama Dr Saaya (sifu Sungai Petani) yang masih aktif bermain model kawalan jauh. Minat mereka terhadap hobi ini tidak pudar meskipun sudah lebih 30 tahun berkecimpung.

Selama beberapa tahun kegiatan ini terhenti di Alor Star kerana peminat-peminat telah berpindah dan menyambung pelajaran di negeri lain. Pada tahun 1978 Encik Nooru Alam telah pulang ke Alor Star. Dengan berbekalkan beberapa buah pesawat control line dah sebuah pesawat kawalan jauh, beliau menghidupkan semula kegiatan ini. Lapangan terbang atau tempat penerbangan bermula di Hutan Kampung iaitu kampung halaman Encik Nooru, kemudian berpindah ke tapak pembinaan tol Alor Star utara. Seterusnya tapak perumahan Taman Rakyat Mergong menjadi tempat dimana ilmu-ilmu aeromodelling mula disebarkan dan dikongsi bersama beberapa ahli lama yang berjumpa kembali dan ahli-ahli baru. Hobi ini diteruskan di tapak sekolah di Alor Mengkudu. Kemudian pada tahun 1998 mereka berpindah ke Suka Menanti. Ketika bermain di Suka Menanti, kegiatan ini mula berkembang dengan pesat dan berjaya 'meracun' lebih ramai orang awam untuk bersama-sama memperjuangkan hobi ini. Pada ketika inilah ahli-ahli berpakat untuk menubuhkan sebuah kelab yang diberi nama Kelab Peminat Model Kawalan Jauh Alor Star. Syabas kepada ahli jawatan kuasa kelab kerana telah bertungkus-lumus dan gigih berusaha sehingga tertubuhnya kelab ini.

Pada tahun 2005, kerajaan memutuskan untuk memajukan kawasan Suka Menanti. Berita ini amat mendukacitakan bagi peminat hobi ini. Namun atas usaha gigih ahli-ahli yang mencari tempat penerbangan baru, dua tempat telah dijumpai iaitu sebuah kawasan lapang di Pendang dan sebuah stadium mini yang mempunyai padang rumput yang cantik. Apabila kawasan lapang di Pendang dijadikan tapak pasar malam, para ahli telah memutuskan untuk menjadikan Stadium Mini Peremba sebagai tempat penerbangan tetap bagi kawasan Alor Setar. Seterusnya Peremba menjadi tempat hobi ini berkembang dengan maju tanpa ancaman daripada pihak luar (kecuali ancaman heli dan kapal terbang pemusnah) . Semakin ramai ahli melibatkan diri dengan hobi ini. Hobi ini masih diteruskan hingga ke hari karangan ini ditulis dan diharap dapat diteruskan oleh generasi akan datang.

Setakat ini sahaja pengenalan bagi Kelab Peminat Model Kawalan Jauh Alor Star. Di bawah disertakan gambar Stadium Mini Peremba dari bawah dan dari langit. Sekian terima kasih.

P/S : Harap jadi karangan terbaik SPM 2008. ( ", )...

Cheers.

Pandangan dari udara...




40 comments:

Anonymous said...

Karangan ini tak adil, tak lengkap dan miss real history, buat kajian dan tulis betul-betul. Fakta lari terus. Jangan buat cerita bohonglah.

Anonymous said...

Padang Pendang dengan Suka Menanti tu orang lain jumpa dulu, peh tu baru geng lu orang mai tempek..

Anonymous said...

Oiii buat cerita apa ni, karangan lari fakta dan salsilah. Siapa sifu kat AS pun dah lari jauh, Noru tu apa level dia dalam RC ni? Ayooo...

Anonymous said...

Duit club pi mana oiii..

Anonymous said...

Hang lupa kot, siapa sebenar periuh rc kat AS niii...

Anonymous said...

Wahai ahli sejarah,

Jikalau tuan hamba pandai nak mampoih...sila la ke Peremba...mari kita lihat siapa yang terer...

Jangan hanya bermain kata-kata di internet...jika ada telur marilah beradu aksi...

Anonymous said...

manusia yang macamnilah nak pelingkup minat rc di aloq staq..dok komen tau,tapi bila org buat depa dok cakap kok belakang..awat ada lagi manusia yg macam nie..bodo tak tak boleh di ajaq..pandai tak boleh di ikut..aku rasa pelaq ni dok sembang saja tak tau main apa pun..kalau hg tau asai usul dunia rc di aloq staq ni hg wak keluaq cerita hg plak..aku rasa hg ni bukan main rc apapun dok bagi sakit hati org saja..kalau jumpa manusia mcam hang ni dgn ulaq tedung senduk baik katoq hg dulu..

Anonymous said...

betoi....pelingkup minat orang...kalau terer sgt mai la peremba...tgk2 bleh main TOY ja..hahah..belagak macam alan szabo...macam quique somenzini...
tau ka sapa depa???depa la tokwan hang...hahah...

Anonymous said...

Alaa, yg hangpa dok melatah luk lak x tentu hala ni buat apa, ceghita kawan kita tu betui apa. Hangpa yang dok main kat Peremba tu, baru berapa hari pegang radio tu pun main gantung-gantung mcm x larat nak naik, x feel langsung, hangpa ni main syok sendiri je, tu pun nak dabit dada kata terrerrr, pi raaaaaa....buang masa saja nak pi kat Peremba tu, x dak klassss...
nak main RC ni kena buka mata, kena bukak minda, jangan dok bawah bumbung Stadium Peremba tu aje....malaih nak layan......

Anonymous said...

Ayoooo.....lu olang aaaa, itu Kapalterbang RC aaaa mau seronok main saja...galo-galo bikin apa, semua olang ada skill masing-masing, bantai aje le, main kita, barang kite, mata depa, mulut depa, depa kata apapun, kalu lingkup bukan barang depa barang kita, betui tak? Hua hua hua wa wa wa.....

Anonymous said...

Alaaaa Newbie... hang nak melatah pelek apa...hang taukan cerita hang tu tak betui semuanya...

Anonymous said...

hhhmmm...betoi2...bukan barang depa...hampa dok pulun pa...dengki kot...kami gantung radio pasai radio kami mahai ribu2...takut jatuh...ya la kami kan orang baru...taktau apa..satgi pegang radio mahai jatuh rosak pulak...hampa takpa la duit banyak dan bleh pakai radio e-sky...dah la radio e-sky tu mahai nak mampoih...kami mana ada duit...tu kena gantung...jaga elok2...yg hampa dok dengki tu buat apa??kami gantung pun radio kami...bukan pi cakok neckstrap tu kat teloq hampa...main memang la kena syok sendiri...kalau syok ramai2 baik tak payah main...share duit beli heli 1 plane 1 syok ramai2...gagah...kalau dah bengong tu bengong jugak...

Anonymous said...

nie dok sembang apa nie?...yang dok masuk campoq blog orang pasai apa?? takdak keja ka??kalau hang tu dah pandai sangat hang bukak la blog hang...kata la hang nak kata apa pun...sapa pun tak marah aih...bukan kena duit pun...

nie sah tak skolah nie...bengong...suruh buat keja dok main internet...tudia la..pastu kacau hidup orang...kalau hang takdak kawan hang habaq la elok2...kami mau aih kawan dengan hang...toksah la dok dengki kat orang tak tentu pasai..kalau takdak duit tapi teringin nak main habaq...jangan malu2...kami balik cari tepi-tepi parit...dalam semak...atas bumbung peremba repair bagi kat hang...takdak hal...nak yg baru pun bleh...hang pun bleh tunjuk hang terer tera mana...betoi dak?
jangan la nanti orang buat kelab elok2...runway elok2...hampa dok mai tauk taik plak...kalau hampa buat macam tu memang nak kena tabuh...

Anonymous said...

Uuuuiiii, samseng gak PakLong sekoq ni, jangan kata lagu tu kalu ghasa umuq dah tua, hangpa tulih minta komen, aku bantailah komen benda betui, ni dah komen hangpa lompat cakkuncha plak. Dak eih aku nak tanya, karangan yang hangpa buat ni, mai mana fakta dia, tu aja. Yang dok melatah satu kelab ni apa heiii?

Anonymous said...

Sori Bro-Bro semua minta laluan sekejab. Aku ni flyer lah juga, ari tu kalau tak silap ari jumaat masa aku ada di Alor setar, member bawa tengok geng-geng flyer kat satu mini stadium apa tempat tu, tak ingatlah. Ingatkan ada yang main gas power aircraft, kot-kot hebat. Sekali tengok, ayooo, ada sorang mamat pakai avanza tu tengah fly kepalterbang ringan je, dongak semacam turun naik, turun naik, last-last tiarap atas rumput. Sorilah Bro, bukan nak kutuk, tapi kalau tu cara korang fly, aiseeey... Bro kena standardlah sikit, tempat kami aaa, fly macam tu kira cingkadak aja. Eisss main EP ni macam toy lah.. be a profesional flyer la Bro Avanza hitam....

Anonymous said...

Betuiii, saya pun penah pegi kat mini stadium tu, tengok depa teghebang, boring betui, main syok sendiri, takdak feel langsung main kapalterbang, baik kat tempat saya di K/Nerang ni, main celah pokok tebu aja, Scale spitfire 60 pulak.
Amacam geng.... mau join...

Anonymous said...

Geng, nak tengok orang main RC Aircraft mailah Perlis, nak main Float Plane pun boleh kita ajar, boleh demo dulu....

Anonymous said...

Oiiii, hang main spitfire scale celah ladang tebu ke...tak sangkut sayap ke?

Anonymous said...

Oiii, apa nie, orang cerita bab karangan sejarah, hangpa dok cerita pasal kapalterbang pulak...eh Bro, U punya Spitfire tu ada retract tak?

Anonymous said...

Ada Bro, aku kata tadi scale kan. Ada kawan aku tu main heli, inverted flying pulak, kira boleh tebas pokok tebu ooooo....

Anonymous said...

ya la kami pun bukannya terer sgt..
tapi kami tak bodo...kalau padang dalam keadaan teruk macam la ni takkan nak pelingkup barang dak??
nanti bila ada runway yang elok bleh la nak bawak turun nitro, petrol punya plane...bleh la nak bakaq kepala hampa dengan turbine kami nie...tu pun turbine besa ja..tak la juta2...bukan nak berlagak tapi semua kami ada...yg kami main ep tu pasai senang...cepat...

mamat avanza tu pun main ep pasai padang tak berapa elok la...dia pun cerdik...bleh pikiaq...kalau main plane elok2 landing patah landing gear, engine mounting...

ep plane pun rc jugak...hang kena pi skolah...bg boleh beza toy dengan rc model...ada banyak beza...kalau tak orang kaya2 terer2 ta main la ep...takut hang kata toy...

ada orang kata pernah pi peremba..pi buat pa??jadi kayu...kalau kata bleh main spitfire celah pokok tebu mesti bleh main celah bumbung stadium...tapi tak penah nampak pun orang main spitfire..
orang kalau betoi2 terer pi peremba fly la...takkan malu kat geng 'toy' kot..???
nie dak...dok main kat cerok mokkan ja...mai la kluar tgh pekan skali skala...jangan jadi perak..bawak pokok tebu skali...
pastu ajak kawan yg main heli inverted tu mai potong rumput, pokok, tiang kat peremba nie...senang la geng 'toy' ni nak main...

Anonymous said...

kalau ada orang yang tau sejarah yang betoi tolong tulis kat sini...lagi bagus...tau jugak cita betoi...bleh edit...bukannya mai dok balun tak tentu hala...

sorry la...saya tak pernah dengaq gas power aircraft...macam mana tuh?
pakai gas ngv ka?gas memasak?

dan tiada sesiapa pun ajak hampa mai layan kat peremba..mai tengok kami fly...TAKDAK SAPA AJAK PUN...
jadi bukan salah kami kalau kami ni tak stail...mai tengok buat apa??
kalau jumpa taik anjing tgk jalan toksah la dok pi rasa kalau tau benda tu taik anjing...bodo la tuh..
kami gembira main 'TOY' yang kami beli guna duit kami...kami tak kacau duit dan hidop tuan2 yg budiman..lain la kalau tuan2 yg budiman dengki kat kami...tu kami takleh buat apa la...
selalunya org dengki kat org yg lagi hebat daripada dia...
buat apa nak dengki kat orang yang lemah dari dia...betoi dak??

Anonymous said...

biaq pi kat depa la...dah la main toy...

geng kat mana bleh main rc selain daripada peremba ni? rasa meluat nak pi..bleh saya join tak sifu-sifu?
rumah mak mertua saya area puncak janing...selalu balik tak tau nak buat apa...kat k/ nerang main kat mana??bleh gak pi tgk..

teringin jugak nak main float plane...dulu pernah try member punya...best la...kat mana main float kat perlis? tasik melati ka?

bg no kat saya geng k/nerang dgn perlis...nanti saya contact...

Anonymous said...

aku tengok sekor bodo sombong ni dok komen pasai gantung radio kat lehiaq..aku comfirm bodo monyet ni tak pernah main RC,dia ni dok main TOY saja..kalau org besa main RC neckstrap tu adalah penting untuk memudahkan manouver..lagipun org yg guna neckstrap tu radio dia mesti mahai punya. Kalau hg pi tengok org lain yg pandai pun guna neckstrap..Paih tu hang dok kata kami main syok sendiri..awat la hg bodo sangat..monyet sungguh hg ni..org main RC ni memang la syok sendiri.kalau nak bagi org lain syok buat apa..mampuih pi kat hg la.kamipun tak jemput hg mai tengok..monyet macam ni kami tak undang mai..Ni yang hang dok kata kami ni terer..sapa kata..kami tak pernah kata kami terer..cuma kami jemput mai joint kat peremba saja..kot ada member yg lebih pandai boleh tlg ajaq kami..bukan komen macam monyet ni..tak main apa dok cakap banyak..kalau nak komen jgn tunjuk bodo sendiri..kami dok bawah bumbung peremba tu pun kami boleh layan hobby kami..bukan dok mai cari salah org tapi tak boleh main apa..bodo punya manusia macam monyet ni..TAU DAK APA ITU MONYET..MONYET ADALAH SEEKOR BINATANG YG DI BELA OLEH MANUSIA UNTUK NAIK POKOK NYIOQ DAN TUAN DIA PEGANG TALI..BUKAN PEGANG REMOTE/RADIO GUNA NECKSTRAP.

Anonymous said...

Saya ni baru belajar main kapal terbang.dok balik cuti hari jumaat sabtu kat pokok sena.dok cari juga peremba ni kat mana.nak pi belajar main.kalau ada member yang tinggal berdekatan kat pokok sena ke atau mana tempat tolong bagitahu..saya nak pergi belajar.kalau kat perlis tu dok main kat mana? teringin sangat nak tengok plane ada float kalau boleh bagi no contact bagus jugasenang saya hubungi untuk saya pergi..atau boleh sms ke no telipon saya 0124887343.

Anonymous said...

Nie, mukalu hangpa tak boleh kena tegoq, toksah buka Blog ni tutup aje, tu bawah tu minta komen, buat apa buh, mukalu tak boleh kena komen. Orang dah komen nak bagi peghelok, hangpa maki macam-macam, lagu ni ka cara hangpa nak bawak orang luaq mai join hangpa, ehh aku pun takut cara lagu ni.... kigha geng Peremba ni samsin-samsin belaka nooooo....

Anonymous said...

Eh tak syok, macam tu..

Anonymous said...

Cuba pikiaq dengan logik la..yang dok kata kat dalam forum ni bukan cara tegoq..kalau tegoq dia mai cakap atau bagi pandangan elok-elok..ni dok kondem, kata yg bukan-bukan.org cerita pasai sejarah rc ikut pada fakta ,dok pi kutuk plak dok cerita kata dia yg tau semua..kalau org chegedik dia akan correct dan bagi pandangan bukan dok kutuk..
Kalau dok mai peremba tengok kami main peh tu dok kutuk plak dlm forum,org kalau chegedik dan pandai main RC dia tak kan kutuk member RC sebab dlm RC ni tak ada istilah terer/pandai..semua bergantung pada kemampuan dan kebolehan sendiri..
Kami ni bukan samseng.kalau samseng dah lama masuk lockup..semua yg main kat peremba ni ada pelajaran dan kemampuan..sebab main RC ni kena ada duit untuk beli barang RC yng mahal..kalau main TOY kot la pi beli kat pasar malam je..kami di peremba ni takdak lagi yg bodo sombong..untuk makluman di peremba ni kami dah menerima kunjungan member RC dari beberapa negeri termasuk dari serawak..depa mai tak komplen apa-apapun..kalau hg tengok gambar dlm forum ni kami buat raya funfly member dari perlis pun mai..org yg mai depa tau menghargai kawan dalam dlm RC..tak ada busuk perut dan busuk hati dok kutuk org..kalau dah pandai main dan terer jgn kutuk org..gunakan kebolehan untuk memberi tunjuk ajar..
Tapi pada pandangan aku geng RC flyer di aloq staq ni tak ramai dan boleh dikatakan semuanya kami kenai..ni yg dok kutuk ni org yg tak tau main apa-apa ni yang dok jadi kelam kabut..gamak dok meluat sangat kat kami di peremba,mai habaq jgn dok kata kat belakang..
kalau dok tengok kami main takpuih hati kami tak pandai main ka mai try pegang radio/remote fly tengok susah ka senang..so aku harap kepada hampa yg dok kutuk kami tu ikhtiaq la pi jumpa bomoh minta ubat buang perasaan busuk perut/perut busuk..manusia yg busuk perut dan dengki sangatdi benci oleh tuhan dan manusia..

Anonymous said...

Dek, kalau nak forum dalam blog ni kenalah rasional banyak, kena sabaq banyak. Orang ada ilmu atau orang sekolahlah, kena banyak sabaq. Lagi pulak dalam open field macam blog ni, keluaq kata-kata maki hamun cam tu eh, tak elok sangat, macam budak-budak baru nak naik ja. Hangpa pikiaq tengok kata Paklong ni..dahlah tu, biaqlah. Laman Blog open sapapun boleh kata apa depa nak kata, kita yang terkena ni kena kul, jangan latah tak ketahuan hala, nanti gila macam depa pulak. PakLong kata gitu pasai dok pi tengok kat peremba tu dah beranak pinak dah jadi abah semua tolak remaja montel yang terbang sakan tu saja belum cukup umuq dan tekel awek - Abah dia jangan marah kat aku nooo...

Anonymous said...

Rasanya cakap paklong sorang ni boleh diterima..... lagu ni barulah rasioanal namanyerrr

SLum said...

anonymous..sila buat karangan pasal rc history kat alor setar..karangan yg ada sini cuma setakat yg kami tahu..kalau tak tahu kami tak bolehla nak tulis. jadi minta maaf. Sila tulis secara lengkap dan letakkan dan email pada sy kat slumberjer@yahoo.com..

pada yg kata saya fly mcm cikadak tu takpelah saya tak pernah kata saya pandai main. saya baru je main dlm 2 tahun. memang tak pandai..so baru lagi. Yelah peremba bukan tempat yg sesuai utk main GP semak lalang dengan lopaknya. Jadi terpaksalah main kapal yg EP kecik2 dan murah-murah. rege kapal macam tu memang murah..jadi mereka yang tak mempunyai sumber kewangan yang tinggi mcm saya bolehlah sama2 bermain.

Kami disini hanya utk berkongsi sedikit pengetahuan utk release tension masing2. Bukan untuk menunjuk2 siapa yang hebat. Kami menghormati mereka2 yg mempunyai ilmu pengetahuan dan sedia berkongsi ilmu mereka walaupun sedikit. Setakat ini En Nooru telah banyak membantu saya dlm mempelajari bidang rc dan sy sgt appreciate ilmu yg beliau kongsi. sy sendiri sangat suka bertukar2 pendapat dan ilmu yg saya ada walaupun sedikit. Suatu ilmu sekiranya disebarkan lebih baik dari ilmu yang bnyk tp disimpan.

Tegur menegur memang sesuatu yang baik tp biarlah secara berhemah dan menggunakan perkataan yang baik..kita orang melayu budi melayu tinggi. Hormat menghormati antara satu sama lain. Dunia rc ni kecik sangat. tak perlu nak berdengki sesama sendiri. yg penting kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan biarpun sedikit atau pun banyak. bergaduh tak pernah menyelesaikan apa2 masalah. mari kita sama2 berusaha memajukan dunia rc di utara nih.

kami di peremba memang mengalu2 kedatangan sesiapa saja yang berminat dlm hobby ini. Kami boleh membantu semampu yang kami ada.

setakat itu coretan sy. semuanya atas pendapat peribadi sy.

Anonymous said...

saya setuju juga dengan pendapat pak long tu..memang dlm forum kita kena open.sapa-sapa boleh cakap dan bagi pandangan..tapi kita respect pada pandangan yang baik dan komen yg membangun..kalau kita lawati blog forum rc lain contoh malaysia-rc.com atau mengkuangrc.com semua forumer memberi pandangan dan komen yang membina..selain dapat mengenali kawan rc di seluruh malaysia.
Untuk makluman kami mengujudkan blog peremba ini pun adalah untuk memperkenalkan aktiviti rc di alor setar pada masyarakat luar.
Kami amat kecewa dengan forumer yang melawati blog ini yg tidak menggunakannya secara lebih professional,dan mempunyai kepentingan sendiri dalam memberi pandangan dan komen seolah ada perasaan yang tidak puashati sesama member rc di alor setar ini.tujuan kami adalah untuk memperkembangkan aktiviti rc di alor setar ni.Walaupun kami tahu di alor setar ni tiada kemudahan sempurna untuk bermain rc.walaubagaimana pun kami sedang berusaha untuk memperbaiki kemudahan di stadium peremba ini untuk menjadi one stop centre untuk peminat rc di alor setar ni insyaallah.
Untuk makluman aktiviti rc flying kat peremba telah dibuat liputan oleh TV1 dalam dalam segmen berita TV beberapa bulan yang lalu.
walaubagaimanapun kami amat mengalu-alukan kedatangan memeber rc ke stadium peremba..sama-samalah kita memperkembangkan dunia RC di alor setar ini..terima kasih.

Anonymous said...

Haaa, kan baguih macam tu, sama-sama kul, syok sikit nak join, Paklong ni bukan apa, sekadar nak peringat saja. Benda baik tu, Tuhan balaih baik lah juga bukan ka?
Hah, yang buat gempak kat blog ni macam mana cerita? Boleh terima ka?

Anonymous said...

Malunya saya, memperkenalkan site ni kepada dunia..

Inilah antara punca RC di Malaysia susah nak diselaraskan..

sabarlah semua Ya.. satu hari yang terdekat ini kita pasti berjaya..

MSAF sedang berusaha keras untuk merealisasikan impian RC kita..

ermm.. untuk semua peminat RC yang dah lama berkecimpung dan 'terror' fly PATERN, F3A, IMAC dan sebagainya..>> harap anda semua jangan terkejut, dunia rc sudah ada 3D, 4D, frestyle, tumble, toilet bowl, wall, etc sehingga somenzini, chip hyde dan lain2 pun terkial-kial nak ikut.. ini berita lapuk je..
so semua happy flying, and safe flying..
yang pandai tu turun lah tunjuk ajar kami yang baru 30 tahun je terbang ni

adios.. ermm kalau boleh yang bagi komen sila letak nama sebenar (senang orang nak cari untuk belajar rc nanti)

Anonymous said...

Ah hampa jalanlah... malas nak layan orang-orang yang tak boleh kena komen... Adios, aku berambus...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

manusia macam hang ni berambuih pun tak pa..mai tak diundang nak berambuih pi rahhhh......mamp***...
depa pun tak perlu komen hang.. kalau hang dok buat perangai macam ni hg toksah dok pi sanalah..kot depa tau sapa hang..plak..

SLum said...

Bro komen tak de masalah..tp apa yg saudara tulis bukan komen membina..tp komen menghina..apa perasaan saudara sendiri bila org kata pada saudara dengan perkataan yg tak sesuai. Tentu marah bukan..so sebelum hendak tulis periksa dahulu..kawal emosi..tulis secara baik..org akan balas secara baik..komen secara tak baik..org pun akan balas perkara yg sama..so be matured..kita bukan budak2..semua ada akal so gunakanlah..

Anonymous said...

aku rasa aku kenal la siapa yang dok komen dan dok kutuk geng peremba ni..walaumacamanapun aku akan terus siasat..

Anonymous said...

Cis...ingatkan syok main RC ni...kalau perangai pemain RC mcm ni...baik takyah, buang masa, buat dosa sj.

Pak Roni said...

ANGKA JITU DAN AKURAT YANG BISA ANDA MENANGKAN HARI INI INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM?S ROO,MX SOBAT



ANGKA JITU DAN AKURAT YANG BISA ANDA MENANGKAN HARI INI INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM?S ROO,MX SOBAT



ANGKA JITU DAN AKURAT YANG BISA ANDA MENANGKAN HARI INI INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM?S ROO,MX SOBAT



ANGKA JITU DAN AKURAT YANG BISA ANDA MENANGKAN HARI INI INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM?S ROO,MX SOBAT