Thursday, December 18, 2008

permulaan terbang malam



sebahagian peminat rc di Alor Star dah tak sabar2 nak memulakan terbang malam.. walau pun belum ada kapal yang sesuai lagi, tapi sudah ada tempat yang sesuai.
Jadi ada 3 empat orang cuba turun dan terbang heli dulu. Tempatnya di Taman Jubli Emas suka menanti. malam yang sunyi, dan tidak banyak nyamuk, ada bilik air dan surau hanya 50 meter dari site, amat sesuai sekali.
Jadi mana yang ada kapal ala ala slow flyer, tidak bising dengan engine, boleh lah memasang LED kelip2, mari kita turun. setakat ni permission hanya sehingga jam 10.30 malam, kalau ramai lagi yang turun, kita akan mohon extension waktu terbang.
kemudahan seperti lampu flood light ada disediakan.. selamat mencuba semua

Tuesday, December 2, 2008

Video udara Peremba

Pandangan udara mini stadium peremba. Video ni amik pakai kapal EP low wing trainer dgn pen video camera. Quality average je..haritu angin kuat..tp sebab dah sampai peremba dan niat nak buat aerial video fly jugak la..terbang kat atas punyala berangin kapal dok drift saja. Masa landing pun punyala susah angin datang ntah mana hala..tp akhirnya dapat gak landing walaupun hard landing..sib baik kapal tak rosak apa2.

Aerial video untuk tempat2 lain ade dlm blog saya