Saturday, March 29, 2008

Melatih Budak budak Terbang



Dah bertahun kami geng Alor star ni canang sana sini, warwar sana sini untuk nak naikkan semangat remaja, dan budak-budak sekolah supaya bergiat dalam RC.. Ramai yang minat juga, tetapi ibubapa kurang minat, atau sekolah kurang minat. Tak apalah suatu hari mereka pasti minat dan berazam untuk bergiat dalam RC, suatu hoi yang menyeronokkan dan tak lah mahal sangat..
Jadi apa yang boleh dibuat sekarang ialah wujudkan suatu contoh.. Inilah yang kami buat.. Ada satu 'couple' kat alor setar ni yang pergi kepadang Terbang dan pertunujukan dah merata tempat dari kedah sampai ke Kuala Lumpur sejak diaorang baru boleh berjalan, kalau tak silap sejak umur setahun setengah lagi. Tahun ini suatu rekod telah tercipta, dia orang dah sama sama boleh terbang Elektrik trainer plane, seorang terbang Beaver, seorang terbang Cessna. tengok lah diorang kat padang padang petang 28 March 2008 -- Ehsan dan Mawaddah.. Harap-harap diorang boleh terbang low wing sebelum pertengahan tahun ini. Dan mereka akan jadi contoh kepada remaja-remaj lain yang berminat menceburi bidang ini.

Friday, March 21, 2008

Kegilaan baru Kumpulan RC peremba



Aha.. Saudara saudari. Kat Alor Star ni sekarang ada dua jenis kegilaan RC.. sama sama naik, ada geng tengah gila main Heli, ada tengah gila main Plane.. Yang paling teruk tau tak gila apa? Gila kedua-dua sekali..Heli pun dia nak main, plane pun dia nak main.. Itulah hebatnya hobi kita ni..

Yang dah boleh take-off dan landing plane sendiri, dah mula bejinak-jinak dengan low wing, dan yang dah low wing, dah mula main 3D plane pulak.. Terbaru Tahniah kepada Ah Siang yang dah boleh hantam 3D kaw kaw punya..

Yang kaki heli pulak, tengah mabuk belajar nose-in. yang dah Ok nose-in pulak tengah seronok invert. terbaru Tahniah pada slumberjer yang dah boleh potong rumput.. syncronise dengan young master ilham..

tengoklah gambar ni

Wednesday, March 19, 2008

Selamat Tinggal Sod....

Seorang pilot heli, Encik Mohd Rapa atau Sod telah berpindah ke Pulau Pinang. Beliau adalah seorang pilot yang berdisplin. Kehilangan beliau amat saya rasai sebab tak ada partner fly waktu petang. Nasib baik ada Abg Lan.
Harap dapat berjumpa lagi di masa akan datang. Datang la melawat kami. Gelak tawa mu masih kami ingat. Kami merasa kehilangan mu. Semoga cepat nose-in. Hahaha....

P/S : Nanti klau dah 3D mai la demo kat Peremba...






Tuesday, March 18, 2008

Bagaimana hendak ke mini stadium Peremba



Perjumpaan kelab kebiasaannya diadakan setiap hari minggu iaitu hari jumaat dan sabtu bermula dari 10 pagi hingga 1 petang..berikut disertakan link ke map wikimapia (sila klik link) utk melihat map secara interaktif.

  • Arahan yang mudah adalah..bermula dari tol Alor Setar selatan kemudian berjumpa dengan simpang empat. Jalan terus melalui lebuhraya Sultanah Bahiyah..teruskan memandu sehingga berjumpa dgn satu lagi persimpangan empat Jalan Kuala Kedah. Jalan terus sehingga ternampak Billion supermarket..sebelum Bilion supermarket ada satu jalan yang dipanggil jalan peremba. Masuk ikut lorong tersebut sehingga akhir jalan peremba. Akhir jalan peremba akan terjumpa satu simpang, ambil sebelah kanan..tidak sampai dlm 10 meter terdapat satu simpang memasuki sebuah taman perumahan. Ambil simpang tersebut dan terus sehingga berjumpa satu jambatan kecil. Selepas sahaja jambatan tersebut terus ambil sebelah kanan dan anda akan berjumpa dgn mini stadium peremba.
  • Sekiranya anda dari plaza tol Alor Setar utara, Caranya amat mudah. Terus sahaja dari simpang empat selepas plaza tol. Tak perlu belok kemana-mana terus sahaja ikut lebuh raya Sultanah Bahiyah sehinggalah anda berjumpa dengan Kilang SIME tyre (sebelum sampai kilang ini akan ada banyak simpang traffic light..just ignore jer. Selepas kilang SIME tyre anda akan melalui jambatan besar..selepas jambatan besar tersebut terdapat simpang empat. Ambil simpang ke kanan melalui jalan Kenanga. Dlm 250m dari simpang terdapat satu simpang ke kiri. Ambil simpang tersebut. Teruskan perjalan sehingga anda berjumpa satu medan selera (agak jauh juga dari simpang tadi). Selepas medan selera ini terdapat satu simpang ke kanan memasuki kawasan perumah. Ambil simpang tersebut dan terus sehingga berjumpa satu jambatan kecil. Selepas sahaja jambatan tersebut terus ambil sebelah kanan dan anda akan berjumpa dgn mini stadium peremba.

Selamat Datang Ke Blog Kelab Peminat Model Kawalan Jauh Alor Star



Kegiatan hobi model kawalan jauh di Alor Star bermula hampir 40 tahun dahulu. Hobi ini mula diperkenalkan oleh pengetua Goverment English School ( kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid) berbangsa Inggeris dari England. Beliau menubuhkan kelab aeromodelling di sekolah tersebut. Bermula dengan kapal terbang jenis free flight, kemudian diikuti oleh control line yang dikawal menggunakan tali, dan kapal terbang yang menggunakan radio kawalan jauh.

Hobi ini kemudiannya diteruskan oleh beberapa orang bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, termasuklah Encik Nooru Alam (sifu Alor Star) bersama-sama Dr Saaya (sifu Sungai Petani) yang masih aktif bermain model kawalan jauh. Minat mereka terhadap hobi ini tidak pudar meskipun sudah lebih 30 tahun berkecimpung.

Selama beberapa tahun kegiatan ini terhenti di Alor Star kerana peminat-peminat telah berpindah dan menyambung pelajaran di negeri lain. Pada tahun 1978 Encik Nooru Alam telah pulang ke Alor Star. Dengan berbekalkan beberapa buah pesawat control line dah sebuah pesawat kawalan jauh, beliau menghidupkan semula kegiatan ini. Lapangan terbang atau tempat penerbangan bermula di Hutan Kampung iaitu kampung halaman Encik Nooru, kemudian berpindah ke tapak pembinaan tol Alor Star utara. Seterusnya tapak perumahan Taman Rakyat Mergong menjadi tempat dimana ilmu-ilmu aeromodelling mula disebarkan dan dikongsi bersama beberapa ahli lama yang berjumpa kembali dan ahli-ahli baru. Hobi ini diteruskan di tapak sekolah di Alor Mengkudu. Kemudian pada tahun 1998 mereka berpindah ke Suka Menanti. Ketika bermain di Suka Menanti, kegiatan ini mula berkembang dengan pesat dan berjaya 'meracun' lebih ramai orang awam untuk bersama-sama memperjuangkan hobi ini. Pada ketika inilah ahli-ahli berpakat untuk menubuhkan sebuah kelab yang diberi nama Kelab Peminat Model Kawalan Jauh Alor Star. Syabas kepada ahli jawatan kuasa kelab kerana telah bertungkus-lumus dan gigih berusaha sehingga tertubuhnya kelab ini.

Pada tahun 2005, kerajaan memutuskan untuk memajukan kawasan Suka Menanti. Berita ini amat mendukacitakan bagi peminat hobi ini. Namun atas usaha gigih ahli-ahli yang mencari tempat penerbangan baru, dua tempat telah dijumpai iaitu sebuah kawasan lapang di Pendang dan sebuah stadium mini yang mempunyai padang rumput yang cantik. Apabila kawasan lapang di Pendang dijadikan tapak pasar malam, para ahli telah memutuskan untuk menjadikan Stadium Mini Peremba sebagai tempat penerbangan tetap bagi kawasan Alor Setar. Seterusnya Peremba menjadi tempat hobi ini berkembang dengan maju tanpa ancaman daripada pihak luar (kecuali ancaman heli dan kapal terbang pemusnah) . Semakin ramai ahli melibatkan diri dengan hobi ini. Hobi ini masih diteruskan hingga ke hari karangan ini ditulis dan diharap dapat diteruskan oleh generasi akan datang.

Setakat ini sahaja pengenalan bagi Kelab Peminat Model Kawalan Jauh Alor Star. Di bawah disertakan gambar Stadium Mini Peremba dari bawah dan dari langit. Sekian terima kasih.

P/S : Harap jadi karangan terbaik SPM 2008. ( ", )...

Cheers.

Pandangan dari udara...